Wow, Sungguh ‘Beradab’ Perkenalan Mereka…. – Ustazah Asma Kongsi Detik Pertemuan Dengan Sidia…

Sungguh asyik baca kisah bagaimana pendakwah terkenal negara, Ustazah Asma Harun bertemu jodoh dengan Encik Suaminya sekarang, perkenalan yang penuh dengan adab dan sopan kerana maklumlah diakan seorang ‘ustazah’. Bacalah, jika anda sudah berkeluarga, anda pasti teringat kenangan lama kan…?

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 14 ustazah…

MAAF, POSTING BERSEMUT 🐜 ~ KISAH KASIH ~

“Assalamualaikum, ni Intan ke?” satu SMS masuk.

“Wa’alaikumussalam, maaf saya bukan Intan, tapi PERMATA”. Spontan sahaja tanpa fikir, lagipun tak mahu dedahkan nama sendiri.

“ok, maaf saya salah no.”

Berhenti disitu sahaja. Tak ada balasan. Hingga beberapa minggu.

Satu SMS masuk, “Assalamualaikum wbt, saya akan telefon petang ni dalam jam 5 petang, harap bersedia”.

Tanpa minta kebenaran, ayat penyataan sahaja. Tak ada balasan, yang ada hanya debaran. Entah kenapa debaran itu sangat luar biasa. Kebetulan hujung minggu, pagi tersebut ada usrah. Tugas sebagai naqibah terasa berat sekali saat itu, kerana fikiran dan hati tertumpu kepada SMS pagi tadi.

Pulang ke hostel, hati terus bermonolog, siapa yang nak telefon petang ni, lelaki ke perempuan, atas urusan apa, kenapa kali ni seolahnya terkunci untuk berkata tidak, atau bertanya seperti kebiasaan. Debaran makin kuat, cuba diredakan dengan pelbagai zikir dan doa. Lain macam sungguh.

Memang benar, tepat jam 5 petang no. tel itu naik. Seram sejuk dan suasana menjadi sepi.

“Assalamualaikum wbt”, suara lelaki. Terus tiba-tiba menyirap darah rasa nak mar@h.

“Waalaikumussalam, awak ni pelajar kusza kan, awak ni termasuk geng yang nak permainkan saya tu ke?, apa masalah muslimin dengan saya sebenarnya? Bla..Bla.. Dengan nada mar@h berdesup² keluar isi hati. Terus teringat akan segelintir yang berniat tidak baik, mereka agak mar@h dengan sikap gar@ng dan tegas tak bertempat katanya.

Senyap. Mungkin dia pun terkejut tiba² kena mar@h bertubi².

“Maaf, saya memang tak kenal awak ni siapa, tapi saya bukan pelajar KUSZA, awak ni pelajar kusza ke, pengajian Islam ke, boleh ke jika nak jadikan awak sebagai rujukan. Begini, saya pelajar UTM bidang Chemical Enggeneering. Kawan² non Muslim ramai yang suka bertanya soalan tentang Islam tapi saya tak mampu nak beri jawapan, boleh ke?”.

Dan kenapa, tiba² alasan dan permintaan itu seperti masuk di akal. Sedangkan banyak perkara yang boleh diragukan.

“Ok, baiklah. Iya saya pelajar Pengajian Islam. Saya terima permintaan ini dengan beberapa syarat. Pertama, dilarang berhubung melalui telefon, semua soal jawab hanya melalui email sahaja. Kedua, dilarang bertanya atau mencari maklumat tentang saya hatta nama sekalipun, dan saya pun tidak mahu tahu apa² pun maklumat awak hatta nama sekalipun. Dan yang ketiga, Ini yang paling penting, jika urusan ini lari daripada tujuan asal untuk soal jawab, maka urusan ini akan terus terbatal. Setuju?”

Ketika itu, benar² enggan terlibat dengan sebarang perkenalan dengan lelaki, lebih² lagi bukan pengajian Islam. Biasalah, pelajar pengajian islam biasanya pasang impian sesama pengajian. Ustaz dengan ustazah.

“Ok baik, saya setuju”. Ringkas pendek dan yakin sekali jawapannya.

Begitulah perbualan itu berakhir. Maka bermulalah soal jawab berlangsung menerusi email sahaja. Hanya soalan dan jawapan. Bukan mudah juga soalan yang diberi, banyak melibatkan Aqidah, maka hikmahnya selalu mencari pensyarah untuk dapatkan jawapan. Sekitar 6 bulan ia menjadi satu rutin migguan.

Sehinggalah satu ketika tiada lagi soalan. Benar² tiada. Sunyi sepi. Buat kali pertama, saya pula emailkan soalan, kenapa sudah tiada soalan?. Namun tetap tiada jawapan. Keadaan itu sangat mengujikan hati. Tidak semena air mata mengalir. Berhari² air mata mudah sekali tumpah. Kenapa dengan diriku ya Allah. Kenapa dia tidak lagi bertanya. Kenapa sangat menantikan soalan daripadanya.

Satu SMS masuk, “Assalamualaikum, maaf saya tak dapat teruskan lagi soal jawab antara kita, saya perlu berhenti, terima kasih atas jawapan² yang sangat baik selama ini. Mohon maaf salah silap”.

Digagahkan diri bertanya, dengan hati yang sangat kecewa, “boleh tahu kenapa?”

“Saya mungkin akan langgar syarat yang ketiga, kerana ia bukan lagi sekitar soal jawab agama, tapi soal jawab hati”.

Chia Chia Chia 😁

SubhanAllah, begitulah bermulanya kisah kami 😊. Lalu bermulalah tempoh istikharah, siasatan latar belakang dan terbukalah kisah sebenar di sebaliknya. Menerimanya tanpa pernah lihat siapakah ampunnya diri.

Ada babak kurang direstui kerana beliau bukan dari background pengajian islam. Panjang cerita, pendek cerita, beliau beranikan diri seorang diri bertemu dengan arwah ayah dan emak untuk menyatakan hasratnya. Sepanjang tempoh perkenalan dan pertunangan dilarang bertemu, kecuali di rumah di hadapan ibu ayah. Itu pun hanya dua kali. Pergi ke Mesir. Pulangnya terus nikah. Panggilan sepanjang perkenalan, ustaz dan ustazah, supaya ia menjadi satu batasan.

Benar, beliau bukan seorang dalam bidang agama islam, tetapi seorang yang kuat dalam amal islamnya. Banyak mendidik, membimbing dan menegur isteri dan anak²nya. Bab pakaian sangat tegas dan teliti. Allah berikan lebih daripada yang saya impikan dalam doa, moga Allah merahmati kita semua.

Dalam jalan dakwah ini, kami harungi susah payah bersama. Walau hanya saya seorang yang tampil, namun tanpa redha, keizinan, sokongan dan pengorbanan daripada beliau dan anak², mustahil saya boleh lakukannya.

06.11.2005 ~ 06.11.2019

Hari ini genap 14 tahun usia pernikahan kami.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم واتوب إليه

Ujian dan nikmat dirasakan hampir sama kerana dihadapi semuanya bersama². Pernikahan ini adalah adalah satu perjanjian dengan Allah, sebagai jalan menuju Allah. Didunia ini Allah menemukan kita, insyaAllah kita bersama pertahankannya hingga ke Syurga. Ampuni lah kami ya Allah. 🤲

Moga ada manfaat.

Kredit; Ustazah Asma’ Harun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*