MAY4T Yang Tidak Diterima Bumi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَجُلٌ نَصْرَانِيًّا فَأَسْلَمَ وَقَرَأَ الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ فَكَانَ يَكْتُبُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَادَ نَصْرَانِيًّا فَكَانَ يَقُولُ مَا يَدْرِي مُحَمَّدٌ إِلَّا مَا كَتَبْتُ لَهُ فَأَمَاتَهُ اللَّهُ فَدَفَنُوهُ فَأَصْبَحَ وَقَدْ لَفَظَتْهُ الْأَرْضُ فَقَالُوا هَذَا فِعْلُ مُحَمَّدٍ وَأَصْحَابِهِ لَمَّا هَرَبَ مِنْهُمْ نَبَشُوا عَنْ صَاحِبِنَا فَأَلْقَوْهُ فَحَفَرُوا لَهُ فَأَعْمَقُوا فَأَصْبَحَ وَقَدْ لَفَظَتْهُ الْأَرْضُ فَقَالُوا هَذَا فِعْلُ مُحَمَّدٍ وَأَصْحَابِهِ نَبَشُوا عَنْ صَاحِبِنَا لَمَّا هَرَبَ مِنْهُمْ فَأَلْقَوْهُ فَحَفَرُوا لَهُ وَأَعْمَقُوا لَهُ فِي الْأَرْضِ مَا اسْتَطَاعُوا فَأَصْبَحَ وَقَدْ لَفَظَتْهُ الْأَرْضُ فَعَلِمُوا أَنَّهُ لَيْسَ مِنْ النَّاسِ فَأَلْقَوْهُ

Ertinya: Anas RA berkata, pernah ada seorang lelaki Nasrani memeluk Islam. Dia kemudiannya menghafaz surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran. Dia pernah menjadi penulis wahyu nabi. Selepas itu dia murtad dan kembali kepada agama Nasrani serta berkata – “Muhammad tak tahu apa-apa melainkan apa yang aku tulis untuknya.” Dia kemudiannya dimat1kan Allah.

Apabila may@tnya dikebum1kan, bumi menendangnya keluar, lalu pengikutnya berkata: “Ini angkara Muhammad dan pengikutnya. Apabila ada sesiapa yang lari daripada agamanya, mereka akan menggalinya dan mencampak mayatnya keluar.” Mereka pun menggali dengan lebih dalam dan mengkebumikannya (sekali lagi). Walaupun begitu, bumi masih menendang may@tnya keluar.

Sekali lagi mereka menuduh nabi dan para sahabat mengorek may@t itu keluar. Pada kali itu mereka menanam may@tnya sedalam mungkin, tapi ia masih ditendang keluar dari perut bumi. Berikutan itu mereka tahu ia bukan perbuatan manusia (tapi kehendak Allah), lalu mereka membiarkan may@t itu begitu sahaja (Sahih al-Bukhari, hadith no 3348, Kitab al-Manaqib, bab tanda kenabian dalam Islam).

Lelaki Nasrani ini dihukom Allah kerana keb1adabannya dengan al-Quran dan Nabi SAW. Semoga Allah selamatkan kita semua daripada bencana sebegini.

Kredit; Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim
7 November 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*