Ibrah Daripada Kes BUL1 Hingga Membawa M4UT Pelajar Tahfiz Temerloh…

Bapa Aimin, Nurul Amin Abdul Rahman, 36, berdoa di sebelah jenazahnya di Unit Perubatan Forensik Hospital Temerloh hari ini. (Gambar Bernama)

Dalam kes kemat1an arw@h Aimin, 7 tahun, pelajar tahfiz yang men1nggal dan dijumpai kesan-kesan leb@m di sebuah pusat tahfiz tak berdaftar di Temerloh, laporan berita hari ini, boleh tak saya nak cakap sesuatu?

Bab bul1, dah ada yang cakap pasal ni. Bab pusat tahfiz tak berdaftar, bab orang agama, bab pelajar tak betul, dah ada yang cakap pasal ni semua. Saya nak sebut pasal lain. Iaitu pasal cara fikir si bapa atau ibu, tak kisahlah kandung atau tiri atau angkat atau apa pun, selaku ibu bala atau penjaga, please take note, pasal mentaliti anak dihantar ke pusat tahfiz untuk membetulkan si anak adalah salah.

Pertama, pusat tahfiz bukan pusat pemulihan akhlak.

Anak tak berakhlak baik, ibu bapa perlu didik anak supaya jadi baik. Sudah baik barulah hantar ke pusat tahfiz untuk hafaz al-Qur’an. Anak tak pandai baca al-Qur’an, ibu bapa perlu didik anak supaya pandai baca al-Qur’an kemudian barulah hantar ke pusat tahfiz untuk hafaz al-Qur’an. Faham tak pasal ni?

Kedua, pusat tahfiz bukan pusat buang anak yang tak pandai akademik.

Ini hal besar, isu penting, sangat serius. Kata ibu tiri arwah Aimin, “Kami ambil keputusan menghantar arwah ke pusat tahfiz kerana prestasi akademiknya di sekolah kebangsaan kurang memuaskan….” Sangat salah. Belajar al-Qur’an seperti tahfiz ini bukan option kedua disebabkan anak tak pandai belajar di sekolah. Sepatutnya anak-anak yang cemerlang dalam akademik itulah dimasukkan ke aliran tahfiz agar hidup mereka lebih baik.

Ketiga, ibu bapa, pleeeeeaaaase lah, BARU UMUR 7 TAHUN, dah kata anak tu tak bagus dalam pelajaran. Whattttt?

Baru 7 tahun la, bukan 17 tahun, bukan 70 tahun. Agak-agak la, umur 7 tahun tu biasa je baru tahu membaca. Kayu ukur apa yang digunakan untuk kata si anak itu tak bagus dalam pelajaran? Adoiiiiii, sakit kepala betul fikir pasal ni. 

Logik la sikit, umur 7 tahun, what do you expect? Anak umur 7 tahun la weyyyy, boleh membaca dan mengira tambah pun kira bersyukur dah. Kenapalah terlalu awal menghuk0m dan judge si anak yang baru berumur 7 tahun atau Darjah 1 itu sampai macam tu sekali, it is so unfa1r 😭

Pelik betul cara fikir sebegini. Orang yang fikir macam gini seolah-olah nak buang anak kotttt, grrrrr terk1lan, ralat dan geram jugalah.

Kredit; Syahr Musafir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*