Produk Cuci Kerak Usus. Benar atau tidak??

Beria-ia sungguh iklan program tajaan radio tempatan berkaitan produk kesihatan cuci usus. Seolah-olah segala penyak1t akan sembuh dengan menggunakan produk mereka sahaja. Sehingga kini pelbagai produk baru yang tumbuh bagai cendawan, menjanjikan manfaat kesihatan seperti membuang toksin badan, membakar lemak, membersihkan kerak usus, mengurangkan letih lesu, menyembuhkan kanser perut dan sebagainya.

Adakah ianya perlu?

Cuci usus ini sudah lama disebut. Popular sekitar tahun 1920 hingga 1930. Kepercayaan perubatan pada masa tersebut bahawa kerak usus yang kotor hasil dari makanan yang tidak hadam akan mendatangkan gejala buruk seperti k@nser. Akibat dari kerak usus juga boleh menyebabkan toksin dikeluarkan dan akhirnya badan menjadi lemah, semakin gemuk dan pelbagai lagi kesan negatif.

Sehingga kini tiada lagi bukti sahih yang mendatangkan manfaat besar mengamalkan kaedah cuci usus ini. Ianya hanya kesan psikologi kepada pengguna kerana perut semakin lega kerana tiada naj1s yang bertimbun. Usus yang sememangnya tempat kekotoran naj1s tidak sunyi dari tah1. Selagi manusia itu hidup dan makan, tah1 akan senantiasa terbentuk.

Secara fitrah fisiologi, usus manusia unik dijadikan Tuhan untuk bertindakbalas. Antara mekanisma tindakbalas badan adalah:

* Bakteria baik dalam usus akan menyahtoksin makanan yang tidak dihadam/serap sepenuhnya
* Hepar / Hati manusia juga salah satu organ yang berfungsi untuk melawan atau menutralkan toksin (jika wujud).
* Lapisan mukus di dinding usus juga pertahanan semulajadi bagi mengelakkan bahan toksid memasuki darah atau sel-sel usus.

* Sel-sel usus akan disalin (sheds) secara semulajadi setiap tiga hari. Mekanisma ini akan menghalang pembentukan bahan berbahaya berkerak.
* Pergerakan peristalsis (alunan usus) juga membantu pembuangan tahi dengan cepat dari usus kecil & Usus besar > kolon > anus.
* Pergerakan peristalsis ini tidak memberi ruang kepada penyerapan calori berlebihan dan akhirnya badan kita menjadi semakin gemuk. Kebanyakan kalori diserap di usus besar dan kecil.

Jika kita mengganggu keseimbangan semualajadi badan ini melalui ‘projek cuci usus’, dikhuatiri akan mendatangkan bah@ya baharu pula pada badan. Terutamanya kepada pesak1t-pesak1t yang telah didiagnos seperti Diverticulitis, Ulcerative colitis, penyakit Crohn’s, Buasir, ketumbuhan usus, baru menjalani pembedahan usus, sak1t jantung dan sak1t buah pinggang. Ini kerana akan menambahkan mud@rat penyak1t-penyak1t tersebut.

Beringatlah sebelum kena!

Kredit; Suhazeli Abdullah

Dan ini sebuah artikel berkaitan yang sangat perlu dibaca, ditulis pada tahun 2016 lagi…

Produk Cuci Kerak Usus. Benar atau tidak??  Root of Science 21 November 2016

Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa wujudnya kekotoran pada usus yang perlu dicuci. Katanya disebabkan kekotoran di dalam usus itulah yg menyebabkan pelbagai penyak1t daripada rasa lemah badan sehinggalah punca k@nser. Malah ada yg percaya wujudnya kerak usus yg boleh dikeluarkan menggunakan beberapa jenis produk.

Bukti yg selalu ditunjukkan oleh mereka adalah gambar kamera yg dimasukkan ke dalam saluran pembuangan najis manusia iaitu drpd dubur. Kami ingin memberitahu beberapa perkara agar para pengguna dan masyarakat mengetahui apa yang sedang berlaku:

1) Usus yang bersih vs Usus yang tidak bersih

Bukti yang selalu ditunjukkan oleh penjual produk adalah gambar kemera yang menunjukkan usus yang bersih dan juga usus yang kotor iaitu yg mempunyai banyak najis. Kata mereka usus yang bersih itu adalah disebabkan orang itu menggunakan produk mereka.

PROSEDUR COLONOSCOPY DAN BOWEL PREPARATION

Ingin saya memberi tahu para pembaca perkara yang sebenar. Sebelum prosedur memasukkan kamera ke dalam saluran naj1s (Colonoscopy) pesak1t akan menjalani satu prosedur. Prosedur ini dipanggil sebagai ‘persediaan usus'(Bowel preparation). Bermaksud kita hendak menyediakan usus pesak1t supaya bersedia untuk dimasukkan kamera. Dalam prosedur ini semua naj1s perlu dikeluarkan sebelum prosedur colonoscopy itu dibuat.

Utk bowel preparation, selalunya kita akan beri ubat yang akan membuatkan seseorang itu mengeluarkan majoriti naj1s. Bukan setakat itu sahaja, beberapa hari sebelum itu, pesakit dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang mempunyai fiber yg tinggi termasuk daging dan susu kerana ia susah untuk dicernakan di dalam usus.

Kita masuk pula bahagian yang membongkar pen1puan. Gambar usus yang kotor itu hanya menunjukkan pesak1t tidak melakukan prosedur ‘bowel preparation’ dengan betul sahaja membuatkan najis masih tertinggal di dalam usus. Tidak lebih drpd itu. Tetapi pengusaha produk menafsirkan benda lain pula.

Jika dia mengikuti arahan yang diberi, insyallah ususnya akan bersih. Dan ini memudahkan doktor yang melakukan prosedur colonoscopy tersebut. Sbg tambahan, jika usus terlampau kotor ketika prosedur colonoscopy, paling kurang pun doktor akan batalkan prosedur itu dan bagi appoinment utk buat bowel preparation dengan betul. Doktor langsung tidak akan kata usus awak kotor dan membuat kesimpulan awak banyak penyakit.

Gambar menunjukkan tahap ‘Bowel Preparation’

2) Produk membersihkan usus

Gambar yang selalu digunakan dalam internet yang menunjukkan usus bersih dan usus kotor itu hanyalah penyalahgunaan gambar. mereka menggunakan gambar tersebut utk memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat. Sedangkan gambar itu hanya menunjukkan pesak1t tidak menjalani persediaan usus yang betul. Itu sahaja.

Malah tak pernah para doktor suruh pesak1t mengambil produk2 seperti yang digembar gemburkan dapat membersihkan usus sebelum prosedur colonoscopy Gambar itu hanya digunakan supaya masyarakat mempercayai produk mereka.

Gambar produk yang hanya bertujuan untuk promosi

3) Kewujudan Kerak Usus

Ramai yang percaya kewujudan kerak usus. Katanya makanan yang lama boleh terhenti dan tersimpan di dalam usus sehingga menjadi satu lapisan. Lapisan makanan yg lama ini dipanggil sebagai kerak usus. Ingin saya bertahu pada para pembaca bahawa pegerakkan usus akan sentiasa berlaku dan dinding usus sendiri boleh menghasilkan enzim ataupun bendalir untuk mengelakkan naj1s daripada sentiasa melekat pada dinding usus. Nak bawa maksud di sini bahawa sebenarnya tidak wujud istilah kerak usus.

Tanyalah para doktor yang selalu membuat prosedur endoskopi, adakah mereka pernah menjumpai kerak usus? Jawapannya sudah tentu tidak. Saya pun sebelum ini selalu melihat doktor pakar buat colonoscopy dan saya tidak pernah menjumpainya. Kerak usus yg viral sebelum ini merupakan makanan yang tidak tercerna mungkin disebabkan pemakannya tidak mengunyah makanan tersebut dgn betul.

Kredit; Root Of Science

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*