Anda Lebih Sihat Jika Tidak MARAH

Berwaspadalah dengan kesan penyak1t hati kepada kesihatan kita. Sifat dengk1, s0mbong, suka menf1tnah dan berdend@m adalah sifat mazmumah yang akan meningkatkan r1siko untuk merosakkan kesihatan. Ia manifestasi rasa marah. Ia mengganggu keseimbangan hormon dan merosakkan fungsi utama organ. 

Mar@h adalah salah sifat sya1tan yang mengimpikan manusia tinggal bersamanya di dalam ner@ka, lantas melakukan apa saja untuk mencetuskan rasa marah dan seterusnya membangkitkan sifat mazmumah yang lain.

Rasulullah SAW selalu menasihati kita agar jangan marah. Dalam sebuah hadis, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi permintaannya tadi beberapa kali. Nabi menjawab: “Jangan marah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain, diriwayatkan pada satu ketika ada dua orang saling menchela di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang menchela lawannya dengan penuh kemarahan sehingga berubah wajahnya. Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku akan ajarkan satu kalimah yang jika diucapkan, akan hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan: Aku berlindung dengan Allah daripada sya1tan yang direj@m.” (Muttafaq ‘alaih)

Kita harus sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya dilindungi. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika engkau dih@sut oleh sesuatu h@sutan daripada sya1tan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)

Rasulullah SAW juga menganjurkan umat Islam yang sedang dikuasai mar@h mengubah keadaan fizikal mereka. Apabila seorang sedang marah dalam keadaan berdiri, dianjurkan dia duduk. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga mar@hnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Selain itu, kita dinasihatkan agar diam daripada berkata-kata ketika sedang marah. Bayangkan, jika rasa mar@h tidak dapat dikawal, pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan akan terhambur keluar daripada mulut. Bersabarlah. Tidak rugi orang yang bersabar kerana Allah SWT sentiasa bersama-sama golongan yang sabar. “Dan (ingatlah) Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 66).

Bersabar menandakan kita berjaya menundukkan nafsu. Rasulullah SAW bersabda “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan berg@duh, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tanpa kekuatan dalaman yang kuat dan ikhlas dalam menempuh dugaan, kita akan tewas dengan h@sutan itu. Bersabarlah bukan untuk kemenangan orang lain, tetapi untuk kemenangan diri kita sendiri, agar kita sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadikan kita lebih tenang dan sihat.

Semoga bermanfaat.

Kredit; Dr Zubaidi Hj Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*