Mari Bersama Doakan Ustazah Asma Harun…

MasyaAllah, akhir² ni sejak saya mula menanam niat yang lebih kuat untuk berdakwah kepada non Muslim, disusuli dengan doakan kebaikan berupa Hidayah kepada mereka, Allah bukakan satu persatu jalan. Dapat beberapa mesej daripada non Muslim tentang tarikan mereka dengan Islam setelah mendengar beberapa siri ceramah (asbab sahaja).

Dan, Alhamdulilah ada juga terima jemputan ceramah untuk disampaikan kepada audien Non Muslim di Sarawak dalam bulan 12 ini. Doakan. Doakan. Doakan. Moga agama kasih sayang ini dinikmati lebih ramai di kalangan Ummat Nabi Muhammad SAW.

Sebagai bukti kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, marilah kita menanam niat untuk menyambung perjuangan Baginda bagi meramaikan Ummatnya mengenal Allah dan Rasulullah. Jika tidak mampu berbuat apa, berdoalah untuk mereka, jangan sampai kita kelu di hadapan Rasulullah kelak.

Berikut adalah kisah Ustazah Asma Harun disapa oleh peminatnya, seorang non Muslim berbangsa India…

Sedang tunggu ubat Sofwan sakit gigi di klinik kesihatan, ditegur oleh seorang berbangsa India,

“you, Asma’ Harun?, Ustazah?”

“Ya saya, kenal ke? “

“Iya saya kenal sama ustazah, ada juga ikut ceramah ustazah di you tube, itu hari pun ada datang ceramah sini kan.. “

“Tuan, maaf tanya, Muslim ke?”

“Bukan Muslim, tapi suka juga tengok sebagai motivasi dan pengetahuan..”

Perbualan itu berakhir dengan sangat harmoni.

Kredit; Asma Harun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*