Terkini; Tun Mahathir Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi. 

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

HarakahDaily difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Terdahulu semalam, pemimpin BERSATU bermesyuarat di Petaling Jaya mengenai masa depan parti itu. HARAKAHDAILY 24/2/2020

Untuk berita lanjut, sila klik pautan di bawah…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*