DAULAT TUANKU! Sejarah Tercipta! YDPA Mahu ‘Private Session’ Dengan Setip Ahli Parlimen

DAULAT TUANKU! SEJARAH TERCIPTA!

Bermula pukul 2.30 petang ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan mula memanggil menghadap seorang demi seorang Ahli Parlimen, untuk ditemubual sekitar 1-2 minit seorang bagi Baginda sendiri mengetahui dengan terang siapakah di kalangan Ahli Parlimen yang ada dirasakan layak untuk dilantik sebagai PERDANA MENTERI. Dikhabarkan juga Ketua Setiausaha Negara akan bersama menjadi saksi.

Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, setiap individu Ahli Dewan Rakyat dipanggil menghadap seorang demi seorang. Ini selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(2a)

Perkara 43. Jemaah Menteri.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

JANGAN LAGI selepas ini ada yang menghina institusi Raja dengan mendakwa Agong tiada peranan!

Kredit; Friends Of Istana Negara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*