Ini Kesilapan Sebenar Jemaah Tabligh – Bekas Ahli JT

Jangan dih1na dan dimak1 orang tabligh kerana mereka saudara kita. Saya pernah jadi karkun zaman matrikulasi dulu. Pernah ke Sri Petaling. Mereka golongan yang tiada kepentingan duniawi. Mereka tidak dibayar gaji dan elaun. Tiada jawatan duniawi.

Ada di antara mereka ulamak hadis. Ada yang doktor, jurutera, guru dan sebagainya. Mereka keluar di jalan Allah. Mengajak manusia menyembah Allah. Mereka sangat memuliakan tetamu. Ikram muslimin menjadi rukun dakwah mereka.

Yang kita tegur ialah kesilapan mereka dalam menilai ser1usnya wab@k Cov1d-19. Kesilapan mereka tidak membatalkan Ijtimak Tabligh di Sri Petaling. Kesilapan mereka tidak serahkan diri untuk diperiksa tahap kesihatan. Kesilapan mereka untuk terus berjamaah di masjid surau.

Cukuplah dengan ujian COVID-19 yang sedang mengamok. Jangan tambah dengan perpecahan ummah sekali lagi. Pandang mereka dengan kasih sayang. Bimbinglah mereka dengan kefahaman yang betul sebagaimana mereka bimbing umat untuk berjamaah di masjid sebelum ini.

Saudaramu dalam Islam,

Ibnu Abbas
Mantan Karkun 1994-95

Kredit; Faizul Abas

Mari tonton apa yang disampaikan oleh seorang ‘syeikh’ Tabligh Indonesia tentang wab@k Cov1d 19. Tak pelik lah jika selepas ini wab@k ini terus menggan@s. Astaghfirullahal’aziim…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*