“GER4M betul perhatikan mak ni, kalau sahur mesti dia paling akhir makan…”

Ger@m betul saya. Dah lama saya perhatikan mak saya ni kalau tengah sahur mesti dia akan paling terakhir makan. Tadi pun sama, mula mula dia akan kira semua anak anak dia dah cukup korum ke belum.

Kalau belum dia akan teriak teriak panggil nama anak anak dia sampai semua anak anak dia ada di meja makan. Lepastu dia akan tengok wajah anak dia satu persatu. Dia akan ‘paks@’ kami adik beradik cedok nasi masing masing dulu.

Lepastu dia akan ‘paks@’ pula kami ambil lauk pauk yang terhidang di meja. Bila saya minta mak makan dulu, dia akan tolak dengan tegas. Katanya “mak makan kejap lagi lah” ataupun “mak kenyang lagi ni”

Memang jawapan klise sungguh. Saya paksa makan dulu pun dia tak mahu. Nak berkeras sangat pun tak boleh kalau dengan mak sendiri ni. Adeh!

Rupanya bila perhati baik baik. Lepas je anak anaknya dah makan dan nampak masing masing dah mula khusyuk makan baru la mak akan perlahan lahan duduk di kerusinya sambil menjamah nasi kosong di pinggan tanpa lauk.

Tanpa kita sedar nanti mak akan cari lauk yang dah disentuh oleh anaknya. Dibelek belek lauk yang masih ada. Dicubit sedikit demi sedikit lauk yang ada dengan perlahan lahan.

Sebenarnya saya faham apa yang mak saya sedang lakukan. Inilah namanya peng0rbanan perasaan. Ya, mak sedang k0rbankan perasaannya sendiri demi melihat anak anaknya gembira. Selama ni kita ingat seorang ibu ni hanya k0rbankan duit, harta dan material semata mata.

Rupa-rupanya peng0rbanan perasaan terlebih la besar. Bayangkan daripada kecil lagi mak kita k0rbankan perasaannya demi kita semua.

Tak sedikit ibu kita k0rbankan perasaan ingin bebas berjalan ke sana sini, perasaan ingin bersendiri, perasaan ingin meluangkan masa dengan suami sendiri hinggalah kepada perasaan ingin merehatkan emosi dan diri sendiri. Semuanya hanya demi menjaga kita semua anak anaknya.

Patutlah ada Hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’.

Maka Rasulullah SAW menjawab; Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu. 3 kali nama ibu disebut, baru lah 1 kali ada nama si bapa.

Rupanya kerana peng0rbanan ibu terhadap anak anaknya bukan cuma sebatas peng0rbanan fizikal, harta dan dunia semata mata tetapi bab jiwa dan perasaan tu yang paling dasyat peng0rbannya. Seb@k la pula.

Tiba tiba saya teringat kisah Uwais Al Qarani. Beliau ni seorang tabiin tapi Nabi Muhammad SAW sendiri minta Umar Al Khattab yang bertaraf Sahabat untuk minta doa daripada Uwais yang bertaraf Tabiin ini.

Kenapa? Kerana terlalu taatnya Uwais ni pada ibunya! 2 kelebihan yang dia dapat hanya dengan mentaati ibunya. Pertama, namanya menjadi harum dan mulia. Kedua, doanya menjadi sangat mustajab! Rupanya mungkin mulianya diri kita dan mustajabnya doa kita selama ni hanya kerana adanya ibu kita.

Kredit; Taufiq Razif
p/s : Boleh follow & set see first saya Taufiq Razif kalau nak belajar ilmu parenting dan kekeluargaan setiap hari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*