[Video] Rakaman Ucapan Perghargaan Kedutaan Rusia Dalam Bahasa Melayu Kepada PDRM

Admin percaya siapa sahaja yg menonton video ini akan kagum di atas usaha pihak kedutaan Rusia yang mencuba dalam cara yang sebaik mungkin untuk merakamkan ucapan perhargaan kepada pihak polis kerana membantu warganya yg alami masalah kewangan semasa kelahiran bayi mereka beberapa hari lepas.

Admin tak tahu berapa lama yg diambil oleh wakil kedutaan Rusia ini belajar bahasa Melayu dan berlatih untuk rakaman ucapan tahniah ni. Tak dapat admin nak ‘BRAIN’ macam mana sebahagian daripada rakyat Malaysia tetapi tak dapat bercakap dalam bahasa Melayu walaupun dah berpuluh-puluh tahun tinggal di negara ini.

Nah, cuba bandingkan dengan segolongan pemohon2 MyKad dari Pulau Ketam, Selangor atau bandingkan sahaja dengan permohonan penanam2 sayur di Cameron Highland. Dan bandingkan dengan tokoh-tokoh politik tertentu yg bersiaran di media massa … Apa anda tak rasa apa-apa???

Ini artikel terdahulu tentang pasangan dari Rusia tu…

Warga Rusia Baru Bersalin Tiada Duit, Polis Bantu Belikan Diaper Bayi.

Kredit; Embassy of the Russian Federation in Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*