SAH! YB Sanusi Md Noor Angkat Sumpah MB Baru Kedah Petang Ni. Dua kali tersungkur, Mukhriz salahkan Najib punca sebenar kejatuhannya

ALOR SETAR – Datuk Mukhriz Mahathir menggambarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pembawa watak protag0nis sebenar dalam usaha menggulingkan beliau dari jawatan Menteri Besar Kedah pada 2016 dan sekarang ini.

Beliau mendakwa, tindakan Najib itu tidak lain tidak bukan bertujuan melepaskan dirinya dari tud0han pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi sk@ndal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.

Anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut mengaitkan apa yang berlaku sekarang dengan kr1sis politik pada 2016 di mana beliau juga terpaksa meletakkan jawatan Menteri Besar di negeri jelapang padi itu.

“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datangnya dari Presiden Bersatu melalui Dato Seri Hamzah Zainuddin, tetapi protag0nis sebenar masih orang yang sama dengan dulu – iaitu Dato Sri Najib Razak.

“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk melepaskan dirinya dari tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi sk@ndal-sk@ndal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang kepercayaan di Dewan Undangan Negeri Kedah. Menurut Mukhriz, pada 2016 beliau telah dipaksa berundur oleh Najib kerana tidak berpuas hati dengan krit1kannya terhadap kes penyelewengan dan rasuah berkaitan 1MDB dan sebagainya,

“Maka saya telah dipaksa undur apabila ADUN-ADUN BN diarah menarik sokongan daripada saya. Ketika itu, hanya saya seorang yang digulingkan, manakala BN terus kekal sebagai kerajaan. “Kali ini pula, bukan hanya saya sahaja, tapi seluruh Kerajaan PH Kedah dijatuhkan. Yang menerima tamparan sebenar ialah rakyat Kedah yang telah memilih PH untuk mengganti BN pada PRU-14 tahun 2018 dulu.

“Kini, yang menang menjadi pembangkang, dan yang kalah jadi Kerajaan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Kerajaan Pintu Belakang atau Tebuk Atap,” katanya.

Baca lanjut di pautan di bawah…

Dua kali tersungkur, Mukhriz salahkan Najib punca sebenar kejatuhannya

Sumber; malaysiagazette.com

Sementara itu ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah-14 hari ini selepas PN mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini di Wisma Darul Aman’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*