Terkini Dari Kedah; Alhamduillah, 10 Exco Selesai Angkat Sumpah Pagi Tadi

10 EXCO KEDAH ANGKAT SUMPAH (4 ADUN PAS, 3 BERSATU, 1 UMNO dan 2 BEBAS)

Alhamdulillah. Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah telah selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini, pagi ini.

Menteri Besar, YAB Muhammad Sanusi Md Nor, berkata lebih separuh EXCO yang dilantik mempunyai pengalaman luas termasuk pernah berkhidmat di bawah kerajaan negeri terdahulu sama ada di masa pemerintahan PH, BN atau PAS.

Katanya, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita turut dilantik, berbanding hanya dua sebelum ini bagi memastikan suara golongan berkenaan terus didengar. Portfolio Menteri Besar dan EXCO adalah seperti berikut:

 Menteri Besar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor (PAS)
 Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Kedah Economic Council, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri

1️⃣ YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (BERSATU)
 Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan
 Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Pengajian Tinggi

2️⃣ YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman (PAS)
 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan
 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan

3️⃣ YB Encik Azman Nasrudin (Bebas)
 Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan
 Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India

4️⃣ YB Puan Suraya Yaacob (BN-UMNO)
 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya
 Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air & Sumber Air
 Pengerusi Jawatankuasa Tenaga
 Pengerusi Jawatankuasa Pengairan dan Saliran

5️⃣ YB Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali (PAS)
 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar
 Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Kemsikinan
 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat

6️⃣ YB Puan Halimaton Shaadiah Saad (BERSATU)
 Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan
 Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7️⃣ YB Tuan Haji Wan Romani Wan Salim (PAS)
 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia,
 Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

8️⃣ YB Brigadier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (PAS)
 Pengerusi Jawatankuasa Agama
 Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
 Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia

9️⃣ YB Encik Mohd Firdaus Ahmad (BERSATU)
 Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan
 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya
 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ushawan dan Koperasi

🔟 YB Dr. Robert Ling Kui Ee (Bebas)
 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
 Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar
 Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam

Kredit; Dato’ Hj Najmi Hj Ahmad – Official
Kredit Gambar: Kedah Royal Family

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*