Cubaan 4 Lelaki Mynmar Rentas Negeri Terbantut

CHUKAI: Cubaan empat lelaki Myanmar merentas negeri dari Pahang ke Terengganu dengan alasan mahu mencari kerja di Kemaman terbantut, selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Perasing dekat Jabor, di sini, semalam.

Empat warga Myanmar berusia antara 20 hingga 25 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang diupah untuk membawa mereka masuk ke negeri ini kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan pemantauan dan tugas sekatan antara negeri menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan bersama dua penumpang berada dalam keadaan mencur1gakan ketika melalui SJR.

Katanya, anggota membuat pemeriksaan dan membuka tempat simpanan barang di bahagian belakang untuk pemeriksaan sebelum menemui dua lagi warga Mynmar bersembunyi di belakang lori.

“Ketika soal siasat, semua suspek memaklumkan dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Kemamam namun mereka gagal menunjukkan kebenaran rentas negeri daripada polis atau mana-mana penguatkuasa yang berkaitan.

“Siasatan mendapati empat warga Mynmar itu bekerja di Kuantan, Pahang namun dikatakan datang ke negeri ini kononnya mahu mencari kerja dan mendapatkan perkhidmatan lelaki tempatan itu untuk membawa barang-barang mereka untuk berpindah.

Baca lanjut di pautan di bawah…

Rentas negeri nak cari kerja baharu

Sumber; www.bharian.com.my
Kredit; Info Roadblock JPJ/POLIS