Farrell Jalang – Selepas Baca Tafsir Ayat 7, Al-Fatihah, Saya Rasa Gelisah & Takot MAT1 Dlm KAFIR…

2014. Allah takdirkan saya masuk Islam. Allah mengislamkan sy melalui perbandingan antara agama. Ni 1st time sy share sdkit kehidupan sy iaitu kisah revert religion (for those yg tau, kita dh Islam sebelum lahir lg di dunia ini). Sebelum masuk islam, sy juga seperti mualaf2 lain kaji dan banding agama semua tu.

Baca tafsir surah Al- Fatihah (The Opening), once terbaca tafsir ayat ke-7, saya rasa gelisah dan takot. Time tu saya takot mat1 dalam kafir sedangkan saya diberi hidayah sekiranya saya tak ambil peluang yang Allah masih beri time tu.

Nak jadikan cerita, my parents tak halau sy ke luar dr rumah mereka even mereka dh tau sy cur12 masuk Islam sbb nak jaga hati mereka. Hari ke-2 sy masuk Islam, mak sy dh hati x sedap. Instinct mak tak pernah salah. Time tu juga parents tahu sy masuk Islam.

Hari yg sama juga mereka fly ke Kelantan jumpa saya utk dpt kepastian dan jawapan drpd mulut saya. Time tu saya rasa, sy pilih utk jujur. Saya dah ready kena tamp@r semua tu. But apa yg saya nmpk ialah air mata membasahi pipi mereka.

Sy fhm apa yg mereka sed1h, mereka takut kehilangan satu2nya anak laki. Sedangkan sy cuma tukar agama, bukan bangsa & keturunan & nama sy. After that, mereka pun fly back. Sy bg masa utk mereka redha dan terima hakikat.

Dan saya juga nak buktikan bahawa saya tetap anak mereka dan mat1 sebagai bangsa Iban dan bukannya Melayu. Saya tau mereka perlu masa yg lama. Saya sentiasa sabar dan berdoa agar mereka mula terima sy sbg anak sperti dulu-dulu.

After 2-3 bulan, akhirnya mereka call sy utk tanya khabar sy. Hubungan kami pun mula akrab. Time cuti semester, mereka jemput sy ke rumah. Mereka sediakan pinggan, kuali, sudu, pisau dan alat masak yg baru sbb mereka respect agama sy. 

Saya sgt bersyukur dpt family yg baik seperti mereka…

Time sy kawin waktu IPG, mereka juga ada bantu sedikit dr segi kewangan utk sy pinjam smentara masih bljr. Mereka juga fly ke Melaka utk menghadiri majlis kami. Hubungan kami dgn keluarga mertua juga baik. Semua perkara smooth sampailah kami posting dpt kerja dan sehinggalah dpt cahaya mata yg cantik.

Cuma recently sy mengalami ujian yg besar dlm hidup sy iaitu kejatuhan/kerugian besar di bisnes trading sy. Hal ni cukup memberi impak besar kpd sy, keluarga mahupun kawan2 yg percaya sy. Apabila parent sy tahu, mereka call sy sebab risau sy x blh handle bab money management.

Siap suruh sy henti bagi nafkah kepada mereka dan nak tolong bayarkan kereta (Time tu juga saya bantah, sy tak blh jadi beban mereka. Cukuplah beban besarkan sy sejak kecil. Sy cuma minta mereka jangan tolong sy selagi sy tak minta).

Time tu, saya nmpk mak saya nang1s lagi ke-2 utk saya. Saya tau apa yg dia risau. Parents mana yg suka tgk anak sendiri susah… Sy janji dan sumpah dengan diri sendiri, sy mesti bangkit no matter what it will cost me. I cari jalan lain utk br recovery.

Hikmah di sebalik bisnes jatuh…

After seminggu sy jatuh bisnes, minggu kedua April (7 April) sy mula dr bawah bersama founder ReaLioN. Sampailah hari ini, masalah kewangan sy sudah semakin pulih seperti dulu. Sy tetap mmpu bg nafkah kpd mereka walaupun mereka tak minta sbb sy tau hanya nafkah shj yg sy blh beri sbg tanda balas budi dan penghargaan.

Kejatuhan bisnes or apa2 masalah, sy skrng baru sedar betapa hebatnya Hikmah Allah. Time kita jatuh, baru tau siapa kawan, siapa lawan. Saya sangat bersyukur masih ada lg yg pilih utk bersama sy melalui jalan yg pahit bt sementara ini.

Lagi2 di bulan Ramadhan, sy selalu sedih dan nang1s atas d0sa2 lama, family sy yg belum Islam lagi.. Sy baru fhm knp Ebit Lew blh menang1s tiap kali cerita ttng mak dia. Apa yg bt sy buka mata, family is the one who will back up you up. Jika kita susah, family juga org yg pertama sanggup tanggung & saling tolong.

Apa yg sy minta drpd kawan2 media sosial, sedekahkanlah Al- Fatihah & doakan kpd parents dan family sy sempena hari jadi sy. Agar Allah terus beri hidayah & takdirkan mereka jd kenal Allah dan jadi muslim. Jadi ahli syurga. Bersama2 hidup bahagia di kehidupan yg kekal… sy tau once mereka jadi Muslim. Sy yakin mereka ahli syurga, sbb sy tau betapa baik n mulia akhlak mereka… In Shaa Allah.

Apa yg sy nak, jasa2 mereka dpt digantikan dgn hidayah. Hidayah mereka utk mengenal Allah di dunia ini maka ini hadiah termahal dan x ternilai bt sy. Semoga Allah merahmati kami dan makbulkan doa sy yg penuh dgn kelemahan dan dosa ini. Ameen

Sumber; Farrell Jalang Anak Ningkan via Ibnu Sulaiman Akhlaken

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*