[Video] Allahu Akbar. Mimpi TAWAF Seorang Diri 20 Tahun Lalu Jadi Kenyataan Pada 28 Ramadhan Tahun Ni…

Maasya Allah, bagi admin kedua-dua orang syeikh ini adalah orang yang HEBAT di sisi Allah. Seorang yang boleh menafsir mimpi dengan tepat 20 tahun yang lalu dan seorang lagi syeikh yang mendapat KEMULIAAN daripada Allah untuk TAWAF seorang diri di saat-saat satu dunia tertahan daripada melakukannya hatta sehebat manapun seseorang itu.

Mimpi TAWAF seorang diri 20 tahun yang lalu jadi kenyataan…

Lelaki ni pernah nampak sesuatu dalam mimpi beliau 20 tahun yang lalu. Kemudian beliau tanya seorang sheikh yang pandai tafsir mimpi, apakah maksud mimpi tersebut. Maka lelaki yang pandai menafsir mimpi tu kata, suatu hari nanti kamu akan tawaf seorang diri mengelilingi Kaabah.

Lelaki ini kata; aku ketawa dalam diri aku, dan aku kata; siapa aku hingga Kaabah dikosongkan utk aku bertawaf seorang diri. Tapi tahun ni, pada 28 Ramadhan ni beliau dibenarkan utk bertawaf, setelah diberi izin oleh pihak berkuasa, dan tak ada siapa bertawaf kecuali beliau !!

Jom saksikan video…

Kredit; Syed Mohd Norhisyam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*