YDPA Manfaatkan Bulan Ramadhan & PKP Dengan Kelas (Usrah) Usul Fiqh

Berita ini benar-benar menggembirakan saya…

Saya sejak dahulu lagi mengimpikan seorang raja yang mempunyai pendidikan ilmu Islam secara formal, bersesuaian dengan kedudukan sebagai ketua-ketua agama Islam negeri-negeri. Tetapi selepas kepimpinan dunia diterajui oleh negara Barat, boleh dikatakan semua kepimpinan dunia Islam mendapat pendidikan formal acuan Barat.

Negara kita sebagai bekas jajahan British juga tidak ketinggalan, setahu saya kesemua raja-raja kita tiada yang mempunyai pendidikan agama secara formal sehingga peringkat universiti.  Bagaimanapun, kita bernasib baik kerana para ulama dari satu generasi ke satu generasi telah mendekati raja-raja kita dan memberikan kesan yang baik dalam pentadbiran urusan agama Islam negeri-negeri.

Tetapi, perjalanan ke arah kesempurnaan masih jauh. Jauh bezanya antara seseorang yang mendapat pendedahan tentang ilmu Islam dengan seseorang yang hanya mendengar nasihat agama daripada ulama. Jikapun tidak menguasai, pendedahan itu lebih banyak membantu dalam memahami aspirasi Syariat.

Harapnya, inisiatif ini membuka jalan ke arah norma baharu bagi raja-raja kita; cara fikir, gaya hidup dan kepimpinan. Kita sebagai rakyat jelata ada dua peranan; menguatkan arus kecenderungan beragama dalam kalangan kita umat Islam dan berdoa agar raja-raja diberi taufik ke arah yang diredai Allah.

Nota: Ahli politik beragama Islam yang tidak pernah belajar formal, bila lagi nak turut jejak langkah YDPA?

Kredit; Kenali Ulama’& Isu Rakyat
Sumber; Mohd Hazizi Ab Rahman