Kisah Dr Lavi – Puasa Ajar Saya Erti Bersyukur, Langkah Utk Memahami Budaya Islam Di Malaysia

My puasa journey. So this year 2020 i ve decided to fast, berpuasa bulan Ramadhan ni bersama kawan2 muslim aku. Niat untuk puasa pada awalnya mula sebab kami team terlibat dengan cov1d, jadi setiap hari kami pakai full PPE coverage dan bekerja bawah matahari yang panas dan terik.

Bila kami buka ppe, benda pertama kami buat selepas mandi adalah minum! Teguk 1, 2 botol air baru pikir tentang makan, dahaga lebih daripada lapar. Jadi ku pikir waktu cov1d nie macam mana susahnya kawan2 muslim sy mau teruskan berjuang untuk cov1d ni tanpa minum dan makan lebih kurang 14jam gitu. Its a big challenge. Jadi saya ambik cabaran turut ikut berpuasa!

Memang bukan senanggggg.. nampak mcm senang, “ala beberapa jam je lps sahur” tapi noooo trust me bukan senang, selain physical,kita kena kuat mental. Daripada 30 hari aku cuma berjaya 26 hari. Sak1t gastr1k muncul, lupa bangun sahur, migrain pagi2 sebab tak breakfast, dan ada juga bisikan set@n yg suruh aku makan ja.

Rasa susah sangat berpuasa pada minggu 1st mula berpuasa, mujurla org tak biasa kan (alasan). Rasa dahaga lps buka ppe tu yaa ampun tidak terkata. Dahaga, rasa tekak terlekat gitu, loya pening penat nak pengsan pun ada haha, dramanya tapi serious memang sy struggle g1la minggu 1st-2nd.

Slps minggu kedua, rasa mcm power sudah, sahur pun minum air putih ja, kdg kala je makan itu pun 1 2 keping biskut kering and boleh survive sampai jam 6.15 petang. Wow i also amazed with myself hahaha…

Bila lapar sangat, aku fikir 1 ja, macam ni la seharian orang orang yg susah, yg tiada makanan, kelaparan. Aku berbuka, tekan foodpanda zuup ada makanan, bygkan yang tidak berkemampuan jadinya aku lebih bersyukur.

Bila berbuka puasa sy cuba sedaya upaya untuk makan se sederhana mungkin, i believe it should be that way, bukan melah@p semua makanan waktu berbuka kan? (correct me if i’m wrong)

Apa aku dpt dengan berpuasa nie selain aku turut serta dlm perjuangan kawan2 frontliner aku, lebih bersyukur dengan makanan, I’m more grateful for the food on table. Understand the true value of eid celebration…

Dapatla aku memahami perjuangan kawan muslim aku, dah bertahun2 hidup di bumi ni, negara Malaysia, ini tahun 1st aku puasa almost full hahaha. Pernah di indonesia dulu ms bljr bebrp hari puasa itu pun out of no choice takda makanan tapi itu pun aku makan sahur nasi padang kenyang2 pukul 4 am.

I believe its one small step untuk lebih memahami agama dan culture muslims in our country, more respect to them and huge salute to all the healthcare worker yang berpuasa pada musim covid nie, full PPE yg tidak berputus asa untuk menunaikan ibadah puasa nie walaupun byk g1la cabaran dan dugaan. Tabikkk

Selamat Hari Raya semua. Rayakan hari kemenangan ini dengan bangga. U guys deserve this.. have a bless celebration semua.

Sumber; Lavennia Gayatri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*