Kes Tongkat Khutbah Raya; Apabila SiJAHIL Cuba MENANGG4H Ulama

Menteri Agama, Dato Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, telah membuat nasihat dan teguran kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam tentang isu ‘tongkat khutbah’ yang viral di media sosial berikutan bermacam-macam jenis tongkat yang digunakan semasa melakukan ibadah solat raya Aidilfitri di rumah masing yang kemudaiannya dimuat naik ke dalam media sosial.

Dr Zulkifli berkata sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah portal berita terkenal tanahair – menasihatkan kepada semua supaya jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak. Beliau di antara lain berkata…

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam. 

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, solat ​​hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

Berita lengkap boleh dibaca dipautan di bawah…

Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak – Zulkifli

Namun, yang lebih MENYED1HKAN ialah apabila ada netizen yg mempertikaikan teguran dan nasihatMenteri Agama di laman twitter. Admin tak tahulah apa kelayakan beliau untuk mempertikaikan hujah seorang ulamak yang sangat dalam ilmu agamanya dan membuat rujukan berdasarkan lunas2 agama sebelum membuat teguran tersebut.

Apakah netizen yang berlagak alim ala-ala ulamak ini fikir beliau boleh sesuka hati memberikan komentar kepada saranan Menteri Agama dengan hanya menggunakan logik akal semata-mata tanpa merujuk terlebih dahulu kepada hukom hakam agama? Astaghfirullahal ‘aziim…

 

Cubalah contohi sikap terpuji yang ditunjukkan oleh personaliti TV tersohor tanahair, Amin Idris yang memuat naik permohonan maaf kepada semua netizen di atas ketelanjuran menggunakan ‘Tongkat Loki’ – sebuah watak dalam filem box office. Beliau telah memuat sebuah coretan maaf yang sungguh WIN…

Olahan; Admin IM
Kredit; Bernama, Amin Idris.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*