[Video] Masya Allah, Rasulullah ﷺ Dah Cakap, Kini Sains Pula Buktikan Betapa Hebatnya Kesan CIUMAN Kepada Anak-Anak…

Apa Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Apabila Kita Cium Anak?

Saya sangat teruja dengan imej ini. Satu-satunya imej brain scan dalam dunia mengenai seorang ibu mencium bayinya. Suatu yang sukar tetapi berjaya dilakukan. Gambar yang sangat rare.  Gambar ini milik seorang neurosaintis Dr Rebecca Saxe. Setelah beberapa kali mencuba beliau akhirnya berjaya tidurkan bayinya yang berusia 2 bulan. Ditidurkan dalam mesin imbasan. Gambar ini adalah lambang kasih seorang ibu. Apabila Dr Saxe mencium anaknya bahagian otak yang keluarkan hormon oxytocin terus aktif. Seperti di dalam gambar.

Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Hormon cinta ibubapa pada anak. Hormon kasih anak anak pada ibubapa. Hormon yang sebabkan cucu cucu mahu pulang ke kampung. Bukan itu sahaja. Ciuman Dr Saxe aktifkan bahagian reward system otak hingga otak keluarkan hormon dopamin – the feel good hormon.

Tidak cukup dengan dopamin otak juga keluarkan hormon vasopressin. Hormon ini kukuhkan lagi attachment anak-ibu. Sekiranya ciuman pada pasangan, ia akan romantiskan hubungan pasangan itu. Begitu hebatnya vasopressin.

Bab ciuman dari gambar ini belum habis lagi. Ada lagi satu hormon yang akan otak keluarkan. Namanya serotonin. Hormon ini stabilkan mood manusia. Bayangkan, apa akan jadi apabila mood ibubapa dan anak stabil…

Tuan Puan sudah cium anak hari ini?

Admin teringat dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, beliau meriwayatkan:

أَنَّ الأَقْرَعَ بْنَ حَابِسٍ أَبْصَرَ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- يُقَبِّلُ الْحَسَنَ فَقَالَ إِنَّ لِى عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ وَاحِدًا مِنْهُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّهُ مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ

“al-Aqra’ bin Habis suatu ketika melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang mencium al-Hasan -cucu beliau-, maka dia berkata: ‘Saya memiliki sepuluh orang anak namun saya belum pernah melakukan hal ini kepada seorang pun di antara mereka.’ Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, ‘Sesungguhnya barang siapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi.” (Hadis sahih riwayat Muslim, no 4282)

Nikmat kasih dan sayang ini luas. Bukan sekadar kita menyayangi keluarga kita malah meliputi semua. Dari seorang suami kepada isteri, isteri kepada suami, ayah kepada anak, ibu kepada anak, anak-anak kepada ayah dan ibu, kaum keluarga, jiran-jiran, sahabat-sahabat. Diluaskan juga majikan kepada pekerjanya, guru kepada muridnya, pendakwah kepada pengikutnya dan orang yang didakwahkan dan semua ini saling berkait dengan kasih dan sayang. Malah kepada binatang yang tidak memudaratkan kita dan membahayakan keselamatan kita, kita kena tunjuk kasih sayang.

Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau telah bersabda:

إِنَّالرِّفْقَ لاَيَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَ عُ مِنْ شَيءٍ إِلاَّ شَانَهُ

“Sesungguhnya kasih sayang itu tidak akan berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, jika kasih sayang itu dicabut dari sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi buruk.” (Hadis sahih riwayat Muslim, no 2594)

Sebarkanlah kasih sayang sesama kita kerana kasih sayang ini boleh membuat hati yang keras menjadi lembut, hati yang panas menjadi sejuk dan hati yang sengsara menjadi bahagia. Wallahua’lam.

Jom tonton tazkirah…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*