[Video] Saksikan Temubual Eksklusif MG Dgn MB Kedah – Kemiskinan bentuk karakter politik saya

PUTRAJAYA – Model kejayaan keluar dari kepungan kemiskinan ada pada bapa, ibu dan adik beradik saya, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd. Nor dalam temubual eksklusif bersama MalaysaGazette.

Ternyata beliau tidak mampu menahan sebak apabila ditanya tentang latar belakang keluarganya. Air matanya mengalir sehingga temubual terpaksa dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada Muhamad Sanusi meredakan perasaannya.

Dilahirkan dalam keluarga besar 13 adik beradik, kehidupan yang dilaluinya satu masa dulu sememangnya sukar, namun tidak ada alasan untuk ibu dan bapanya menyerahkan nasib kepada takdir. “Bapa saya potong getah, panjat petai, cari rotan, jadi buruh di kampung, jadi buruh Singapura, cari ikan, berkebun, semua bapa saya buat.

“Emak saya kerja dengan Cina tanam ubi, cabut ubi, kemas rumah, potong getah,” katanya sambil merumuskan latar belakang keluarganya yang miskin itu telah membentuk karakter politiknya.

Disebabkan latar belakang itu juga, Muhammad Sanusi berazam mahu memberi perhatian kepada mencari jalan menyelesaikan kesempitan hidup rakyat, kemiskinan dan keciciran anak-anak dari alam persekolahan.

“Saya percaya pendidikanlah yang akan mengeluarkan kita dari putaran ganas kemiskinan ini,” katanya yang mengangkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei lalu.

Sumber; malaysiagazette.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*