Ya Rabbi, Hebat perancangan Allah, balasan disimpan bagiku selama 30 tahun kemudian…

26 Dis. 2019 (Khamis) telah mencatatkan sejarah manis dalam hidup dan juga karierku sejak bergelar pendidik. Tarikh ini aku mengalami sak1t kaki sehinggakan tidak boleh memijak untuk berjalan seperti biasa. Aku beranggapan ada tulang di bahagian tapak kakiku patah kecil atau retak ketika itu setelah tersalah step sedikit baru-baru ini.

Angah Amzar Sani membawaku ke Hospital Putra untuk mendapatkan rawatan. Di kaunter, petugas bertanya aku ingin berjumpa Dr. apa. Aku terpinga-pinga kerana tidak mengenali sesiapa perawat di sini khususnya untuk penyak1t yang sedang aku hidap ini.

Setelah menjelaskan kesak1tanku yang sedang berkerusi roda, petugas tersebut mencadangkan aku berjumpa Dr. Zafri, Dr. pakar tulang yang mempunyai klinik di situ. Tanpa berlengah, aku bersetuju asalkan kesak1tan yang dialami akan segera diubati.

Setelah mendaftar di Klinik tersebut, aku dibawa masuk ke bilik rawatan. Dr. muda yang sedang menunggu menyapaku setelah salam disambut.

Dr. : Eh Ustaz…..Ustaz Sani kan? Ustaz kenal saya?
Mungkin melihat aku yang terpinga-pinga, beliau bertanya lagi, Ustaz ingat saya tak?

Dek sebab kesak1tan yang amat ketika itu, aku terus mengatakan tidak ingat sambil ligat otak ini mengingatkan siapa dan dimanakah kami pernah berjumpa/ berurusan. Dengan penuh yakin, beliau menyatakan bahawa beliau adalah anak didikku suatu hari dahulu di SRA Cheng. Aku kata, aku tak mengingatinya sebab itu telah terlalu lama semasa aku menjadi guru sementara JAIM dengan elaun RM 188 sebulan (seblum aku masuk maktab).

Satu demi satu peristiwa diceritakannya termasuk boleh menyebut jenis motor dan warnanya, karektorku mengajar dan juga pernah menolong menumpangkannya yang sedang berjalan kaki di tengah panas terik mentari menuju ke sekolah serta pernah menghantarnya dengan abangnya balik ke rumah.

Cerita songkoknya terbang kerana aku memandu laju ketika beliau dan abangnya (darjah 5 ketika itu) memboncengku baharulah mengingatkan akan peristiwa itu. “Ustaz bawak motor laju”, tambahnya diikuti derai ketawa aku, dia dan si Angah.

“Ustaz dulu ga.rang. Selalu bawa r0tan panjang dan jika ada kesalahan d1siplin, gagal ujian atau lambat ke surau, memang kena “libas”” Ujarnya lagi dan aku mengiyakan kerana kononnya masa tu aku hanya guru sandaran, tiada latihan khusus, berhati muda dan bersemangat dengan harapan dan niat “Saya nak awak pandai dan rajin tanpa mengabaikan solat”. He, he, he. (Kalau buat cam tu hari ni, dah ke lokap agaknya aku….)

Setelah jalinan kemesraan terjalin, barulah Dr. Zafri bertanyakan sak1tku. Dipusing, ditekan tempat yang bengkak, ditarik, diangkat kakiku bagi mendapatkan responku untuk mengesan sak1t, dengan yakin beliau mengatakan dengan penuh yakin, tulang aku o.k.

“Tak patah ni Ustaz….” sedangkan ketika tu aku sedang menyeringai menahan kesak1tan yang amat. Namun hati aku terus yakin dan lega walaupun suatu ketika dahulu, aku ni gurunya tetapi sekarang di depanku adalah seorang doktor pakar.

“Kita teruskan rawatan lebih detail ye Ustaz tapi Ustaz kena masuk wad”, Ujarnya. Aku terus bersetuju dan beliau memanggil stafnya untuk menguruskan dokumen bagi kemasukan wad. Sempat juga dengan beriya beliau bercerita dengan stafnya tu, aku ni bekas gurunya 30 tahun dulu semasa beliau darjah 3.

Sebelum keluar, beliau minta izin kepadaku untuk beliau nak memelukku. Bagi menghormati kedudukannya, aaku bangun perlahan-lahan dari kerusi roda dengan mengg1gil kerana menahan kesak1tan.

Beliau memelukku dan dalam masa yang sama aku mendengar bisikan ini, “Ustaz, jutaan terima kasih kerana telah mendidik saya dengan sepenuh hati suatu masa dahulu. Saya berada di sini adalah atas pengorbanan dan didikan ustaz. Izinkan saya khidmat untuk Ustaz kali ini bagi membalas jasa ustaz mendidik saya hingga berjaya” sambil pelukan dan dakapannya cukup erat memeluk tubuhku dengan suara yang se.bak.

Ya Allah, betapa sayunya hatiku pada masa tu. Betapa bangganya juga perasaanku dengan penuh kesyukuran kerana anak didik yang bijak dan baik ini telah berjaya dan menghormati batang tubuh seorang bekas gurunya walaupun aku telah tidak mengenali dan mengingatinya pada masa awal bertemu muka. Air mataku menitis tanpa disedari.

Aku telah diberikan rawatan terbaik dan ditempatkan pula seorang sebilik atas permintaan beliau kepada pihak hospital sedangkan kad perubatanku hanya layak menempatkan aku 2 orang sebilik. Aku dimaklumkan oleh stafnya, perbezaan kos tersebut Doktor akan biayai. Sekali lagi tertumpah air mataku sambil mengingatkan si Angah agar jadikan peristiwa hari ini sebagai iktibar.

Jika buat sesuatu, buatlah sungguh-sungguh dan ikhlas. Jangan mengharapkan pujian atau balasan. Tengoklah betapa hebat perancangan Allah, balasan tersebut disimpan bagiku selama 30 tahun untuk memberikan yang jauh lebih baik bagi diriku…. Syukur ya Allah. Jutaan terima kasih Doktor Zafri.

Terlalu banyak cerita yang sangat manis yang boleh aku catatkan dalam tempoh rawatanku kali ini sehingga hari ke-enam (31 Disember 2019) yang telah menyaksikan bahawa tulang kakiku memang tidak retak mahupun patah tetapi ada jangk1tan kuman yang menyebabkannya bengkak dan sak1t.

Terima kasih ya Allah kerana telah mentautkan semula ukhuwwah ini. Peliharakanlah bagi kami dengan penuh keberkatan-Mu. Berilah keberkatan hidup dan kejayaan serta kemewahan rezeki kepada Dr. Zafri serta ahli keluarganya seterusnya Ya Allah, pilihlah mereka sebagai bakal ahli Syurga Firdaus-Mu ya Rahman, ya Rahiim.

Jutaan terima kasih Dr. Zafri bin Zakariah, Pakar Tulang yang telah berjaya namun masih sangat merendah diri dan mengingati diriku yang serba kekurangan ini. Jasamu, keikhlasanmu, adabmu tak akan ku padam dalam ingatan dan sanubari ini. Aku sangat bangga denganmu Dr. Zafri Helmi.

Sangat yakin dengan tatacara rawatanmu yang dengan jelas dimulakan dengan Basmalah dan kumat-kamit mulutmu (mungkin memabaca ayat-ayat syifa amalanmu) tanpa suara yang mungkin tanpa kau sedari aku memerhatikannya setiap kali kau merawat bekas gurumu yang pernah “mel1basmu” dan masih dirasai walaupun telah 30 tahun berlalu seperti yang diceritakan kepada semua anak-anakku dan tetamu yang sedang menziarahiku ketika itu……. Wallahu a’alam.

Jutaan terima kasih juga kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat, rakan, kenalan serta semua pihak yang telah hadir menziarahi mahupun yang tidak berkesempatan hadir tetapi telah memberikan doa, ucapan dan harapan kepadaku sepanjang tempoh rawatanku tempohari.

Alhamdulillah, aku meninggalkan Hospital Putra dengan pijakan yang telah 95% stabil, bacaan gula 5.5 dan tekanan darah 131/60. Dr. telah memutuskan bengkak dan kesak1tan pada kakiku hanyalah jangk1tan kuman yang mungkin berlaku di kawasan tulang kaki. Proses x-ray dan juga ultrasound tidak menunjukkan sebarang kerosakan pada tulang. Alhamdulillah.

Pohon maaf kerana coretanku panjang kali ini dan memakan masa 2 tahun untuk menulisnya…. Ingin aku tegaskan di sini, ia bukan untuk menyatakan kebaikanku yang serba kekurangan ini tapi ia adalah luahan ikhlas jauh dari lubuk hati ini daripada seorang guru yang amat menghargai bekas anak didiknya walaupun kalian hanya seorang penggali kub0r (apatah lagi yang telah berjaya seperti Dr. Zafri ini) namun mempunyai adab, akhlak dan pegangan agama yang tinggi, Wallahu a’alam.

Selamat tinggal 2019 dan selamat datang 2020! Moga tahun ini lebih baik daripada semalam dan tahun-tahun lalu, amiin.

Kredit; Muhammad Sani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*