[Video] GHAITH; Lelaki DERMAWAN Mistri Yg Begitu Popular Di Dunia Arab…

LELAKI MISTERI! Anda pernah nampak shabab misteri pakai bag macam ni?

Ini adalah gambar sebenar beliau (cuma gambar dari belakang). Jika anda pernah nampak, dia pakai baju begini, bag begini dan menutup kepalanya walaupun semasa soifi, anda cuba la tegur beliau. Nescaya anda akan di bantu di cukupkan segala keperluan anda.

Beliau bernama Ghaith غيث. Hanya nama awal sahaja yang di maklumkan. Nama ayah dan ashirah tidak pernah beliau dedahkan. Adakah itu nama sebenar beliau? Tidak ada pihak yang boleh pengesahan secara tepat. Tapi ramai memanggilnya dengan nama tersebut dan beliau sendiri kenalkan itulah namanya.

Siapakah beliau sebenar? Beliau seorang shabab (lelaki) dari UAE, dari keluarga kaya, usahawan berjaya. Apa tugasnya?

Beliau akan pergi ke negara-negara arab dan mencari siapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bantuan berupa rumah, kereta, pekerjaan, duit tunai, yuran persekolahan, rawatan perubatan dan anda boleh sebut apa saja. Semuanya ditunaikan beliau, secara percuma.

Bukan ke ada di tularkan mukanya berjaya dirakam oleh orang awam? Dan di dakwa ada program tv merakam rupa asal beliau? Betul, tapi itu adalah muka pembantunya. Bukan muka beliau sendiri. Beliau pernah sampai ke Jordan? Ye, beliau pernah sampai dan memberikan pelbagai bantuan terutama warga Syria yang berlindung disini.

Berapa nilai yang telah di belanjakan oleh Ghaith? Mengikut anggaran beberapa pihak nilai yang telah belanjakan Ghaith untuk semua sumbangannya telah melibihi puluhan juta dolar.

Kredit; PasJordan,  Ismail Yaacob & Tarek Lafami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*