Allahyarham Amir Hamzah; 2 Kisah Berbeza Yg Melambangkan Kebaikan Budi Pekertimu…

Gabungan dua kisah, satu daripada guru sekolahnya dan satu lagi drpd pemandu van jenaz@h tentang seorang pelajar yang sama. Inilah yang disampaikan oleh Abam Botak di Facebook dan @ftzarmy di Twitter.

Kisah Amir dari coretan seorang guru…

Sepanjang 5 bulan mula berkhidmat di sekolah satu je yang aku ingat tentang arw@h, senyuman. Mungkin aku tak ditakdirkan untuk mengajar kelas Amir di tingkatan 5, hanya satu rumah sukan RUMAH BIRU. Setiap kali berselisih aku hanya nampak senyuman dan ucap salam.

Sebab sekolah aku bukan kategori sekolah elit, ramai pelajar daripada keluarga orang susah, dan ada yang bermasalah. Amir daripada keluarga asnaf, tapi sentiasa ukir senyuman macam orang tak ada masalah.

Tanyalah mana-mana guru, siapa tak lembut hati kalau jumpa pelajar macam ni. Pening kepala strezz semua hilang bila ada yang tanya khabar, ukirkan senyuman. Satu lagi, Amir sangat tak suka menyusahkan orang, sampai saat-saat terakhir Amir.

Amir tak bagitau yang sak1tnya makin ter0k. Benda pertama yang Amir bagitau “macam mana nak belajar cikgu, kena d1alisis seumur hidup?” Bayangkan. Ya Allah belajar yang kau fikir Mir dalam kau sak1t-sak1t ni.

Rupanya kawan aku doktor yang rawat Amir, dah dekat sebulan Amir dekat w@d sebelum masuk I.C.U. Waktu ni guru-guru baru tau yang Amir sak1t ten@t. Sifat tak nak menyusahkan orang tu Amir tak buang sampai habis nyawa dia. Dan doktor bagitau “baik-baik je dia dekat w@d”.

Sebelum men1nggal Amir sempat tulis nota waktu tu dia dah tak boleh cakap, untuk kebum1kan sebelah atuk Amir. Nampak tak sifat tak menyusahkan Amir, mudah urusan jenaz@hnya, orang dah boleh gali liang lah@d.

Mungkin ini amalan Amir, aku kagum aku tersentuh, yang aku hanya nampak sebelum ni Amir seorang atlet lari pecut Sandakan, hari-hari nampak training. Awal tahun sebenarnya Amir dah mula sak1t perut, sampaikan Amir tak disenaraikan untuk wakil MSS, kami lepaskan untuk ragbi je. Walaupun tak banyak kenangan dengan Amir tapi gallery aku penuh dengan wajah ceria Amir waktu sukan sekolah. Mungkin aku excited jadi cikgu, semua benda aku ambil gambar. 

Amir cakap besar nanti dia nak kerja gaji besar, sara mak dan keluarga. Takpalah Mir, besarkan istana dekat sana, rehatlah dari rumah kecik amir. Rehatlah dari kesak1tan dunia.

Esok akan buat penyerahan sumbangan untuk amir, boleh salurkan melalui saya. Penerima letak “derma amir”. Sama-sama kita bantu keluarganya yang kehilangan anak harapan, anak yang taat dengar kata. Bukti penyerah saya update dekat sini.

Pecah peluh, gig1l tapak tangan, menitis a1r mata aku tulis thread ni, hilang permata kami, tapi aku abadikan thread ni untuk tontonan ramai, betapa mulianya akhlakmu Amir, semoga syurga buat amir. Al-fatihah.

Kisah Amir dari coretan pemandu van jenaz@h…

Pecutlah ke syurga. Itulah tajuk nukilan abang pembawa van jenaz@h arw@h di facebook. Hari ini hari kedua (11 May), perginya pelajar aku Amir Hamzah pada bulan mulia. Kemat1annya luar biasa, ramai mendoakannya. Ya Allah, siapa dia? Apa amalannya?

Duk@citanya dimaklumkan hari ni kita kehilangan seorang pelari pecut daripada Sandakan. Semasa dalam kenderaan ibunya meraung menang1s sambil mendoakan anaknya. “Ya Allah ya tuhanku, masukkanlah anakku si Amir Hamzah ini dalam Syurgamu”. Sambil tangan yang pernah mengayun buaian untuk anaknya itu masuk ke dalam ker@nda memeluk erat jen@zah anaknya.

Balik-balik si Ibu itu mendoakan anaknya begitu. “Ya Allah, masukkanlah anakku ini si Amir Hamzah dalam Syurgamu.

Saya yang berada dalam kenderaan turut mengaminkan saja dalam hati. Air mata saya juga sudah mulai bertakung tapi cuba ditahankan saja. Pagi ini juga air hujan turun dengan lebatnya. Mungkin turut menang1si pemergian anak soleh ini.

Arw@h seorang pelari pecut Sandakan, berusia 17 tahun. Ikutkan tahun ini arwah akan mengambil exam SPM. Semasa dalam w@d, dia pernah minta kepada ibunya untuk membawa buku pelajarannya ke hospital.

Namun tidak ditunaikan. Mungkin keadaannya tidak mengizinkan ketika itu. Maknanya sak1t-sak1t pun arw@h masih bersemangat untuk belajar tuan-tuan. Ibunya pernah cakap, biarlah kau kerja apa pun bergaji kecil pun tidak apalah asalkan ada kerja.

Tapi bilang arw@h, dia mahu kerja bergaji besar juga. Supaya arw@h dapat jaga ibunya bila kerja nanti. Namun, apakan daya. Sayang ibu kepada anaknya tidak dapat menafikan takdir Allah. Allah lebih menyayangi Hamba-hambanya.

Takdir dan aj@lnya sudah sampai. Subuh tadi dia telah meninggalkan kita semua. Menurut Ibunya, arw@h aktif bersukan sehingga layak ke Filipina jika melepasi tapisan dan latihan. Semoga arw@h ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Berlarilah dan memecutlah selaju mahumu, menuju syurga Allahmu duhai Amir Hamzah!

Kredit Gambar:  gempak.com/Abam BotakTwitter @ftzarmy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*