Kluster baharu C0VID-19 babitkan pelajar UPSI, UMS, kontak dijejaki

Lima pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikenalpasti sebagai kluster baharu setelah dikesan positif K0ronavirus 2019 (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster pelajar berkenaan adalah masing-masing dua dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiga lagi di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, pasukan perubatan mengesy@ki pelajar terbabit dikesan positif virus akibat terdedah kepada pekerja yang keluar masuk di kampus terbabit atau di kafe universiti tersebut.

“Semua pelajar di IPT yang diasingkan selama empat minggu sebelum ini hanya menjalani saringan kesihatan yang biasa dan bukan ujian saringan Cov1d-19 melainkan mereka menunjukkan gejala.

“Mereka diasingkan selama empat minggu dan kalau tidak bercampur dengan orang luar, ia seolah-olah dikuarantinkan.

“Dalam kes ini, kita ada lima kes yang mana dua kes pelajar UPSI pulang ke kampung dan ada gejala sebelum ujian calitan (swab) mendedahkan mereka positif Cov1d-19,” katanya dalam sidang media situasi semasa Cov1d-19.

Tambah beliau, pelajar di kampus masih dikawal dan diasingkan serta dilibatkan dalam ujian swab dan besar kemungkinan mereka terdedah kepada pekerja yang keluar masuk ke dalam kampus.

Menurutnya, kes di UMS menyaksikan tiga pelajar positif dan proses pengesanan kontak dalam kalangan pelajar di kampus itu sudah dimulakan dan siasatan sedang dijalankan.

Pada Isnin 11 Mei lalu, Sabah mencatatkan peningkatan mendadak kes baharu positif Cov1d-19 apabila merekodkan 10 kes baharu dan dua daripada kes itu melibatkan pelajar universiti yang tiba dari Semenanjung

Sila lawati laman Malaysia Gazzete untuk lebih banyk bacaan menarik

Sumber; malaysiagazette.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*