Pergilah Adik Zarif, DER1TAMU Dah Berakhir, Bermain-Mainlah Sekarang Di Taman Syurga Nak…

Ini kisah sed1h, adik Zarif Azri, berumur 13 tahun, pesak1t buah pinggang sejak lahir yang men1nggal dunia petang tadi, 17 Mei 2020…

Sed1hnya .. bertahun kenal Zarif di sini .. walau tak pernah bersua tapi tetap ada rasa sayang. Memang Zarif selalu keluar masuk wad. Kali ini bila baca Zarif sak1t dan masuk wad .. memang Chik Pah sangka nanti Zarif akan kembali sihat.

Esok .. Chik Pah minta kawan Chik Pah hantar hadiah utk Zarif. Chik Pah minta yang paling cantik untuk Zarif. Chik Pah bayangkan Zarif akan senyum dan gembira macam dulu bila dapat hadiah dari Chik Pah. Chik Pah bayangkan Zarif akan bangun dari katil dan bergambar dengan senyuman paling manis utk tatapan Chik Pah yang jauh.

Rupanya kali ini .. Allah lebih sayangkan Zarif lebih dari segalanya. Zarif dijemput pulang dalam keadaan yang sangat indah. Detik akhir Ramadhan .. bulan penuh kemuliaan.
Pergilah Zarif … Zarif dah tak sak1t lagi … Bermainlah di taman syurga ya sayang. Al Fatihah…

 

Berikut adalah komen-komen terpilih menghujani fb mama adik Zarif Azri…

Nabila Jalil  wrote…

Harini dikejutkan dengan berita, anak kepada kak Mahiza Kassim telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah lama bertarung dengan penyakit, mengimbau kenangan 2 tahun lalu di ICU Pediatric Kuala Lumpur, kami sama² menunggu penuh harapan yang anak kami berjaya melalui pertarungan di bilik itu.. keadaan mereka sama waktu itu, intubated.. tapi arwah anak saya rindu sangat dengan syurga dia pergi dulu setelah dua hari melalui kesak1tan yang tak dapat saya ungkapkan..

Semoga akak dan abang tabah menghadapi ujian ini di bulan Ramadhan, saya tahu akk kuat sbb akk pernah cakap pada saya yang akk dah lama siapkan diri akk untuk keadaan² yang bakal terjadi.. Al fatihah buat Zarif, dan juga anakandaku Muhammad Adham Darwisy.. bergembiralah kalian di taman-taman syurga..

Shohor Enes wrote…

Kepada sahabat ku Zakuan Ahmad dan isteri beliau Mahiza Kassim …saya ucapkan TAKZIAH إنا لله وإنا إليه راجعون
Bersabar, redha dan syukurlah dgn ujian Allah swt yg amat berat ini. Moga Allah kurniakan pahala yg sgt besar untuk kalian sekeluarga. Almarhum Zarif mendahului kalian ke syurga Allah…Almarhum menanti kalian dan kita semua pula…

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم اجعله ذخرًا لوالديه، وفرطًا وشفيعًا مجابا، اللهم أعظم به أجورهما، وثقل به موازينهما، وألحقه بصالح سلف المؤمنين، واجعله في كفالة إبراهيم عليه الصلاة والسلام

Anis Hanafi wrote…

Last jumpa dia tahun lps open house rumah kawan. Sempat usap rambut dia, sambil cakap kesian zarif. Tapi dia menolak, rimas agaknya dgn perhatian orang.. Lepas ni kamu x perlu rimas2 lagi dah dengan orang, kamu sekarang sedang bermain dalam Syurga dik. Salam takziah pada En. Zakuan, isteri n keluarga. umur 13 thn tapi dia mcm budak2 dia tak membesar .. suara pun mcm budak 7 thn …

Tamrin wrote…

Hari ni dapat dua khabar duka. Ayah kepada sahabat, Shadirah Syahrir telah dijemput pulang ke negeri abadi setelah bertarung dengan spine tb dalam tempoh 2 bulan lebih di hospital. Tabahlah, Shad dan family ye…

Lepas maghrib pula baru baca mesej mengatakan my little hero, patient dialysis yg sangat tabah, anak rakan sama UiTM, Mahiza Kassim iaitu adik Zarif juga telah meninggalkan kita setelah bertarung dengan komplikasi berkaitan buah pinggang. Auntie sedih tapi auntie tahu Zarif mmg hero and Zarif mesti fought til ur last breath… Rehatlah, anak… InshaAllah tempatmu di syurga sudah tersedia.. to mom and dad.. semoga tabah menghadapi masa2 ni.. salam sayang buat semua…

Hani Honey wrote…

Berkira2 nk jumpa dgn zarif..selalu tgok ibu dia update perkembangan zarif di fb n ig.. Hari ini, zarif telah kembali ke rahmatullah..rasa sangat terkilan sebab tak sempat jumpa zarif…kenal ibunya dlm hujung tahun lepas masa pegi seminar riniaga Dato Rizalman..Dan kak anna juga adalah pemilik Telekung Anna (refer ig)..

Dah niat nk masak2 utk zarif sbb tgok kak anna pnh update yg zarif suka mkn spagetti..tp tak sempat..Bersemadi lah dengan tenang wahai anak syurga dan semoga rohnya di cucuri rahmat..pergi di bulan yg amat baik..😭😭insyaAllah auntie pegi melawat ye nnt.. Kawan2 sedekahkan al-fatihah ye utk ank syurga ini..

Dan di antara banyak2 komen tu terselit komen daipada pendakwah terkenal negara dan juga selebriti tv, Ustaz Wan Sohor Bani Leman @ Shohor Enes …

Kepada sahabat ku Zakuan Ahmad dan isteri beliau Mahiza Kassim …saya ucapkan TAKZIAH
إنا لله وإنا إليه راجعون
Bersabar, redha dan syukurlah dgn ujian Allah swt yg amat berat ini. Moga Allah kurniakan pahala yg sgt besar untuk kalian sekeluarga. Almarhum Zarif mendahului kalian ke syurga Allah…Almarhum menanti kalian dan kita semua pula…
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم اجعله ذخرًا لوالديه، وفرطًا وشفيعًا مجابا، اللهم أعظم به أجورهما، وثقل به موازينهما، وألحقه بصالح سلف المؤمنين، واجعله في كفالة إبراهيم عليه الصلاة والسلام

Syahkhairul Muhammad Muktar wrote…

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila mat1 seorang anak hamba itu, Allah bertanya kepada MalaikatNya, “ Apakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu ? “, lalu mereka menjawab “ Ya”. Allah berkata lagi “ Apakah kamu mengambil nyawa buah hatinya ?” mereka menjawab “ Ya “.

Lalu Allah bertanya kepada MalaikatNya lagi “Apakah yang hambaKu kata ?”Jawab Malaikat “ Dia memuji engkau (mengucapkan Alhamdulillah) dan mengucapkan istirja’ (Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji’un). Lalu Allah berfirman: “Binalah bagi hambaKu ini sebuah rumah di dalam Syurga dan kamu namakannya Baitul Hamd (rumah kepujian).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Edited by; Admin Islamik Media
Kredit; Natipah Abu 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*